Awas Virus Denggi Jenis Baru Membunuh Lebih Cepat

Virus denggi jenis baru ini akan mengakibatkan  berlakunya bengkak pada otak atau tisu lapisan luar otak. Pesakit akan mengalami penat, koma, sakit kepala dan lumpuh.

BAHAN kimia baharu terpaksa digunakan untuk memastikan aktiviti pengkąbutan nyamuk aedes lebih berkesan. – Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia kini menghadapi ancąman wabak denggi jenis baharu yang lebih berbahaya apabila ia mampu merosakkan otak dan hati pesakit sekali gus mengakibatkan banyak kematian dalam masa singkat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, wabak itu kini ibarat pembunuh nombor satu negara memandangkan simptom serangan penyakit telah berubah berbąnding sebelum ini. Simptom denggi sebelum ini hanya menunjukkan pendarahan dan bintik-bintik pada kulit pesakit.

Beliau berkata, sebanyak 54 kes kematian akibat denggi dilaporkan berlaku dalam tempoh 52 hari pertama pada tahun 2015 berbanding 25 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 116 peratus.

“Wabak demam denggi ketika ini lebih kuat dan berat. Ia kini ibarat pembunuh nombor satu dan disifatkan sebagai wabak yang paling bahaya pernah dihadapi Malaysia kerana ia mampu merosakkan otak dan hati,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

0 comment... add one now