Awas TV Kini Boleh Skodeng Anda


Teknologi pintar bukan saja memudahkan pengguna tetapi boleh menyusahkan # apabila ia mencuri dengar perbualan anda!

Televisyen pintar keluaran Samsung, yang ada hubungan Internet, bol#eh merakam perbualan pengguna dan menyebarkan kepada pihak lain melalui alat kawalan jauh, lapor The Huffington Post.

Perkara ini mula disedari minggu lalu apabila portal The Dai#ly Beast terbaca polisi baru Smart TV Samsung mengandungi ayat: "Sila maklum bahawa jika suara anda termasuk perbualan peribadi dan maklumat sulit, suara itu akan dirakam dan dipancarkan kepada pihak lain melalui penggunaan sistem pengecaman suara."

Pengeluar barangan elektronik tersohor itu mengesahkan kepada The Huffington Post bahawa teknologi TV itu memang menghantar permintaan kaw#alan suara kepada pihak ketiga yang mencari rakaman tersebut.

Samsung bagaimanapun menjelas#kan ia tidak menyimpan atau menjual rakaman suara itu.

0 comment... add one now