Pᶒrkosa Rakan Wanita Sempena Hari Lahir

Ternyata ulang tahun kelahiran ke-23 seorang gadis mencatat detik hitam dalam hidupnya apabila dia dipᶒrkosa oleh seorang rakan lelaki di Kuching, kelmarin.
Dalam kejadian tersebut, gadis yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel bajᶒt itu menaiki sebuah kereta bersama suspek yang dikenali sebagai James sᶒkitar jam 4.30 pagi, memetik laporan The Borneo Post..

Tiba-tiba, suspek memberhentikan keretanya di tepi jalan berhampiran Kampung Tabuan Dayak atas alasan kereta tersebut mengalami masalah.
Dia kemudian meminta mangsa yang ketika itu berada di tempat duduk belakang supaya beralih ke tempat duduk pemandu dan menghidupkan enjin.
Sebaik sahaja mangsa menuruti permintaannya, suspek terus memegang dan memaksanya melakukan hubungan sᶒks.
Mangsa kemudiannya diarahkan supaya beredar dari lokasi itu dan suspek menyuruhnya pulang menaiki teksi.
Suspᶒk turut mengugut mangsa supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut.
Bagaimanapun, mangsa terus membuat laporan polis dan kes itu sedang dalam siasatan.

0 comment... add one now