Kuala Lumpur: Kumpulan Zero yang dianggotai tiga beradik, Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful), Sharif Kadir (Sharif) dan Sharid Kunal (Atu) muncul juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 menewaskan empat peserta lain pada peringkat akhir, malam ini.
Program disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna dan Astro Mustika HD dari Stadium Putra Bukit Jalil, di sini.
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi.
Tempat kedua dimenangi kumpulan Sepahtu dan membawa pulang RM250,000.
Tempat ketiga menjadi milik Nabil, membawa pulang RM150,000, manakala tempat keempat dan kelima dimenangi kumpulan Shiro dan kumpulan Bo#cey.
Masing-masing menerima RM50,000 dan RM15,000.
Hadiah disampaikan pelawak veteran Datuk Jamali Shadat manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara.
Barisan juri terdiri daripada Datuk Jalaludin Hassan, Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn. Format pemarkahan adalah 70 peratus daripa#da juri dan 30 peratus menerusi undian SMS penonton.-hmetro