Ezad Exist Elak Dipenjara Dengan Bayar RM3500

SELAYANG – Bekas vokalis kumpulan Exist dan pelakon, Ezad (gambar) semalam didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan penyalahgunaan dadah pada November lepas.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menjatuhkan hukuman denda tersebut selepas Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Moh#amad Lazim, 36, mengaku bersalah.

Atas kesalahan pertama di bawah Seksyen 12(2a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Ezad didenda RM2,200 kerana memiliki satu paket plastik lut sinar berisi dadah jenis syabu dianggarkan seberat 0.3 gram di kawasan Kompleks Sela#yang Mall, Selayang Utama di sini pada pukul 1.30 petang, 19 November lalu.

Bagi kesalahan kedua di bawah Sekyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, penyanyi yang terkenal dengan lagu Percintaan Ini tersebut didenda RM1,3#00 atau penjara tiga bulan serta pengawasan selama dua tahun

0 comment... add one now