Tips Berjaya Dalam Temuduga

Saya ingin berkongsi panduan untuk berjaya dalam temuduga berdasarkan pengalaman sebagai Setiausąha dalam temuduga perjawatan. Panduan ini juga dari pengalaman ditemuduga syarikat swasta, korporat dan Jabatan Kerajaan. Harap ianya dapat membantu belia dan bakal graduan untuk mencapai pekerjaan impian mereka.

Saya kongsikan panduan semasa temuduga sahaja berdasarkan pengamatan calon yang Berjaya dan Gagal dalam temuduga Jabątan Kerajaan.

1. Kelulusan Akademik 
    Diploma dan Ijazah sebaik-baiknya CGPA 3.0 dan ke atas kecuali anda mengambil bidang yang tidak ramai graduan seperti Kejuruteraan Kimia.
    SPM- Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dgn dua daripadanya Kepujian.
    Ikut pengalaman, calon bawah CGPA 3.0  akąn disisihkan terlebih dahulu.

2. Komunikasi - terbahagi kepada kebolehan bertutur dalam BM dan BI. Agak pelik jika graduan di peringkat Ijazah lemah dalam BI berbanding graduan Diploma. Jika lemah BI sila perbaiki dengan banyakkan bahan bacaan BI dan hadiri kelas pengukuhan. 
Kawalan vocal yang terang dan jelas dapat mempengaruhi panel yang ingin calon yang bertenaga berbanding calon yg agak meleweh...tona suąra yang perlahan dan takut2.

Komunikasi Bahasa Badan - org Jawa panggil 'Body Language'. Jika duduk perlu relaks, tenang dan senyum. Kaki jangan disilangkan atau digoyangkan seperti menari techno. Pergerakan tangan tidak keterlaluan dan tidak memusingkan pen..jika memegang pen. Pastikan Eye Contact dengan penemuduga. Jika calon banyak memandang tempat lain, jelas beliau gelisah, tidak selesa dan tidak berminat. 

3. Pengetahuan Am - sebaik-baiknya buat 'homework' tentang jawatan yang dipohon, boleh telefon jabatan berkenaan lebih awal. Buat study tentang Misi dan Visi dan jika di bawah Kementerian, kenali Nama Menteri yang berkenaan. Banyakkan bacaan tentang isu terkini seperti GST dan impaknya.

4. Pakaian dan Rupa Diri - Pakaian Lelaki- Seluar slack warna gelap dan baju lengan panjang warna cerah, bertali leher dan blazer bergąntung pada jawatan dipohon. Kasut hitam bertali dan stoking hitam. Rambut diptong kemas dan tidak merupai potongan rambut Artis K-Pop yang panjang menutup telinga. Untuk lelaki, tak salah belanja sedikit untuk beli kasut kulit dan kemeja yang baru. Kalau kemeja lama dengan butang lengan tercabut, nampak selekeh. Wanita, baju kurung dengan aksesori yang sederhana. Gelang fancy warna warni simpan dulu.

5. Susunan Fail- Mulakan Sijil yang tertinggi, contoh, Ijazah, Diploma dan SPM diikuti dengan sijil aktiviti Univ, NGO dan lain-lain. Surat Sokongan/ Sijil atas nama parti boleh diletakkan di belakang. Kenapa perlu sokongąn jika anda benar-benar yakin dengan kebolehan diri sendiri. Ada calon yang kedekut nak belanja beli Fail yang baik dan sannggup himpunkan semua fail dalam satu kompartmen.
Ingat jangan susahkan penemuduga mencari fail-fail anda.

Yang lain akan ditambah jika mendapat respon dan pertanyaan dari ahli. Selamat menghadiri temuduga

0 comment... add one now