Anak Khayal Hidu Gas Memasak Tetak Bapa

Dungun - Seorang bapa berusia 54 tahun menerima sebelas jahitan di kepala selepas dilibas dengan parang oleh anak lelakinya dalam kejadian di ru#mah mereka FELDA Kertih, Ketengah Jaya, Isnin lalu.

Kejadian berlaku apabila suspek berusia 25 tahun dikatakan tidak puas hati dengan bapanya yang menghalang perbuatannya menyedut gas dari tong gas di dapur rumah, jam 8.40 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, mangsa terkejut apabila melihat anaknya itu menyedut gas dari tong gas di dapur rumah.

Menurutnya, sebaik melihat perlakuan su#spek, mangsa yang terkejut kemudian cuba menghalang anak lelakinya daripada terus berbuat demikian.

“Suspek tersentak apabila perlakuannya disedari bapanya lalu melarikan diri ke dalam bilik sambil membawa tong gas itu,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan sikap anaknya kemudian mengekori suspek ke dalam bilik sebelum terus memarahinya apabila mendapati suspek meneruskan perbuatannya menyedut gas dari tong berkenaan.

Kemarahan mangsa menyebabkan suspek naik angin lalu mengambil sebilah parang dari bawah katil dalam bilik berkenaan sebelum terus menyerang bapanya.

“Serangan itu berakhir apabila mangsa cedera di kepala selepas dilibas dengan parang.

“Dalam keadaan berlumuran darah, mangsa sempat bergegas meninggalkan rumah dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke hospital #untuk rawatan.

“Mangsa yang cedera di belakang kepala menerima sebelas jahitan sebelum membuat laporan di Balai Polis Dungun,” katanya.

Susulan laporan itu, suspek berjaya ditang#kap ketika masih dalam keadaan khayal di rumah berkenaan dan polis merampas sebilah parang dipercayai digunakan lelaki terbabit untuk menyerang bapanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.-hmetro

0 comment... add one now