Zizan Lega Boleh Bayar Ferrari Terlepas Saman

Zizan pasti  menarik nafas lega kerana selain dia boleh bayar loan kereta Ferarri seperti biasa,dia juga terlepas dari kerugian RM500,000 akibat disaman oleh bekas pengurusnya.Kalau dia mahkamah putuskan dia bersalah dan kena bayar walau RM300K pun.. confirm la problem,nak bayar saman lagi,loan ferrari lagi,tu MLM pun kalah.. tengok nanti CicakMan 3 meletup atau tidak untuk dapat bonus.
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengetepikan saman RM500,000 yang difailkan oleh bekas pembantu peri­badi pelawak dan pelakon, Zizan Razak terhadap artis itu berhubung pembekuan akaun Wire Fame Ent#ertainment Sdn. Bhd. (Wire Fame).

Hakim Datuk John Louis O’Hara membuat k#eputusan itu selepas membenarkan permohonan Zizan, 31, yang me­rupakan defendan kedua.

Dalam saman berkenaan, Marina Juki, 31, selaku plaintif mendakwa mengalami ke­aiban tetapi wanita itu gagal menunjukkan bagaimana beliau mengalaminya, kata hakim itu ketika mengumumkan keputusannya.

Beliau berkata, plaintif juga gagal mendapatkan kebenaran untuk memohon tindakan dikenakan terhadap defendan ketiga iaitu Wire Fame# seperti yang diperlukan mengikut Seksyen 181 A(1) Akta Syarikat 1965.
kereta zizan


Hakim itu memerintahkan kos RM10,000 dibayar kepada Zizan dan RM10,000 kepada defendan pertama, Maybank Islamic Berhad.

Pada 30 September 2014 lalu, Marina menyama#n Maybank Islamic Berhad, Zizan atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Ab. Razak dan Wire Fame kerana peranan mereka dalam pembekuan akaun syarikat itu.

Wanita itu mendakwa me­ngalami kerugian besar ke­rana artis yang bernaung di bawah syarikat berkenaan tidak lagi berminat membaharui kontrak masing-masing.

Peguam Harjit Sandhu mewakili Marina manakala Zizan dan Wire Fame ma­sing-masing diwakili peguam Rishwant Singh dan Jimmy Liew. – Bernama

-Lepas ni boleh kahwin cepat-cepat la Zizan.Bini lawa duit pun kena saaaangat lawa.

0 comment... add one now