Punca Pesawat AirAsia X Bawa Jemaah Umrah Berpusing 4 Jam


Memang sangat pelik dan mencemaskan apabila pesawat AirAsia X yang dalam perjalanan ke Jeddah berpusing-pusing sengaja menghabiskan bahan bakar sebelum kembali semula ke KLIA2.Punca sebenar pesawat AirAsiaX tersebut berpusing masing belum diketahui.Berkemungkinan terdapat kerosakan dan risiko meletup adalah tinggi sekiranya mendarat dengan penuh bahan bakar.Maka mereka diarahkan menghabiskan minyak dahulu.

Sebuah pesawat AirAsia X dikesan melakukan penerbangan pusingan selama lebih 4 jam di atas Selat Melaka dan kini dikatakan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah dengan nombor penerbangan D7172 menggunakan pesawat Airbus A330 sepatutnya tiba di Jed#dah pada jam 5 petang.

Pesawat AirAsia X dari KL ke Jeddah selamat mendarat di KLIA2
Ketika laporan ini siap ditulis, pesawat berkenaan dilaporkan telah selamat mendarat di KLIA2.
airasia x kl jeddah
Bagaimanapun, tidak diketahui mengapa pesawat berkenaan berpatah balik.
AirAsia X Flight 172 On time – arrives in 3 hours 56 mins
KUALA LUMPUR: AirAsia X, cabang penerbangan tambang rendah jarak jauh kumpulan AirAsia, akan memulakan kembali penerbangan ke Jeddah# sebanyak tujuh kali seminggu pada musim umrah tahun 1436 Hijrah selepas tamatnya musim haji tahun ini.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata penerbangan AirAsia X ke Jeddah sudah selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kelmarin, disertai 323 jemaah menerusi agensi Andalusia Travel & Tours.
Andalusia Travel & Tours adalah antara agensi yang berda#ftar dengan AirAsia X untuk membawa jemaah bagi mengerjakan umrah pada harga pakej yang berpatutan.
“Pada musim umrah tahun 1435 Hijrah, agensi ini membawa seramai 12,508 jemaah bersama AirAsia X dan menjangkakan untuk membawa lebih 25,000 Jemaah bagi musim umrah tahun 1436 Hijrah ini hingga tahun depan,” katanya.

0 comment... add one now