Punca Nik Aziz Meninggal Dunia

Bekas Menteri Besar Kelantan DATUK Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhir kira-kira satu jam seba#ik tiba di rumahnya, selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Sidang media akan dibuat oleh anaknya sebentar lagi.

DATUK Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, di sini, kira-kira jam 9.45 malam tadi. - Foto fail NSTP/Khairull Azry Bidin

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat men#inggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, di sini, kira-kira jam 9.45 malam tadi.



ORANG ramai mula membanjiri kediaman Nik Aziz sebaik mendapat maklumat kematian Allahyarham. - Foto Nor Fazlina Abdul Rahim

Biodata

DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Tahun Lahir: 10 Januari 1931

Tempat Lahir: Pulau Melaka, Kelantan

Status:

Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya# mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:

Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) - 1936.

Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.

Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.

Universiti Deobond, India - 1952.

Lahore, Pakistan - Ilmu Tafsir Quran - 1957.

Universiti Al-Azhar, Mesir - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.

Universiti Al-Azhar, Mesir - Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:

Melayu, Inggeris, Tamil, Urdu, Arab

Pekerjaan:

Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyya#h Mardiah, Panchor.

Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.

Penyelia Kelas Dewasa - KEMAS.

Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:

1967 - Daftar sebagai ahli PAS.

1967-1969 -Pilihanraya Kecil - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.

1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.

1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kaw#asan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).

1978-1982 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

1986-1990 - Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.

1990-2013 - Menteri Besar Kelantan.

0 comment... add one now