Punca Nora Danish Enggan Sentuh Faizal Hussein

Nora Danish kini bakal muncul dalam filem terbarunya, Gudang Kubur arahan Eyra Rahman akui cuba me#ngelak lakonkan adegan bersentuhan dengan pelakon Faizal Hussein yang turut sama membintangi filem berkenaan. Sebelum ini Nora Danish mempunyai pen#galaman ditegur isteri artis dan kini tidak mahu lagi perkara tersebut berulang kembali.

Azam Nora Danish memang ada baiknya, dapat mengelakkan dari kontroversi lebih-#lebih lagi sekiranya lelaki tersebut telah pun berkahwin. Malah Nora Danish sendiri juga telah mempunyai kekasih dan anak,so maruah sebagai wanita harus dijaga. Tak gitu? Opss!.


Nora Danish elak bersentuhan dengan Faizal Hussein


“Sebenarnya Nora sejak ada pengalaman lepas berlakon Nora trauma sampai nak photoshoot pun Nora tak pegang dia sampai nampak kekekokan itu. Tapi abang Faiza#l pun buat lawak cakap tak apa, isteri dia okay dan faham kerana kerja”

“Itupun Nora cuba hadkan setelah apa yang berlaku elakkan benda-benda yang berpegangan sebab kadang-kadang isteri orang kita tak tahu perasaan #dan hati mereka. Jadi bagi Nora, lepas ini kita lebih mainkan hati, cara pandang itu dan pergerakan bahasa badan,”-gosipmalaysia.com









0 comment... add one now