Caliph Buskers Stress Kerana Popular

Vokalisnya, Khairul Azmi Mohd. Saat, menjadi popular secara mendadak juga boleh menyebabkan mereka agak keliru dan mengalami sedikit stress kerana perlu sentiasa membuat persembahan yang terbaik. 

“Ya memang seronok apabila dikenali tetapi terlalu mendadak, sampai kami tidak tahu hendak bermula dari mana.

Kumpulan muzik orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, Caliph Buskers me­ngakui stress dengan populariti mendadak yang mereka kecapi selepas muncul juara Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) bar#u-baru ini.

“Memang ada tekanan kerana apabila orang sudah kenal, kami kenalah buat persembahan yang lebih bagus,” katanya ketika ditemui dalam program Busking Amal dan Majlis Kesyukuran di Mat Periuk Cafe di sini, semalam.

Persembahan khas itu dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Kelab Busker Belia Malaysia (MUBC).

Sepanjang persembahan, kumpulan tersebut mendendangkan lima buah lagu dan lagu yang mereka nyanyikan semasa AJL29, Romancinta pali#ng mendapat perhatian kira-kira 500 penonton yang hadir.

Sementara itu, pegawai YBUDR, Abdul Salim Putra Ahmad Shibi berkata, majlis kesyukuran turut diadakan sempena kejayaan kumpulan tersebut muncul pemenang Persembahan Terbaik AJL29.

Menurutnya, selain berhibur, penonton turut m#enghulurkan derma untuk membantu golongan yang memerlukan.


“Hasil kutipan derma dalam majlis tersebut akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan menerusi YBUDR,” katanya.

0 comment... add one now