Gambar Kebakaran Bukit Broga Dikaitkan Dengan Anwar Ibrahim

Ketika ini ramai pencinta alam semula jadi yang kecewa dengan hangus terbakarnya Bukit Broga dan bagi yang telah merancang untuk mendaki Bukit Broga terpaksa membatalkan trip kesana ekoran bukit lalang tersebut telah botak terbakar.Agar pelik apabila ada pengguna media sosial yang mengaitkan bencana ini dengan keputusan mahkamah yang kononnya tidak adil pada Anwar Ibrahim semalam.Ataupun mungkin ada individu yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah lalu membakar bukit lalang tersebut?
Rasanya tidak perlu la kan.. semua masih waras dan terbuka..adil atau tidak ..hidup kita masing-masing perlu diteruskan tanpa tambahkan lagi masaalah.

BAGI yang pernah menjejakkan kaki ke Bukit Broga pasti tergambar keindahan panorama kehijauan alam semula jadi yang dimiliki kawasan rekreasi tersebut.

Tidak hairanlah, mengapa kawasan yang terletak di negeri Selangor ini pernah menjadi lokasi pilihan bagi sesi pra-perkahwinan buat angkasawan negara Da#tuk Dr Sheikh Muzaphar.

Malangnya, kawasan Bukit Broga yang terletak di Se#menyih telah bertukar wajah ekoran terbakar petang semalam.

Kejadian pukul 4.30 ini menyebabkan pasukan Bo#mba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian.

Memetik laporan Harian Metro, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.44 petang.

“Dua balai bomba dan penyelamat(BBP) terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran iaitu BBP Semenyih dan Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian memb#abitkan seorang pegawai dan 11 anggota,” katanya.

Sementara itu, operasi memadam api yang melibatkan belukar seluas 3.2 hektar itu sedang giat dijalankan.

Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam insiden tersebut dan punca kejadian itu masih disiasat.
#



Cuaca yang panas terik tanpa hujan 3 hari lalu memudahkan api merebak ke seluruh kawasan Bukit Broga.Semoga lalang tersebut akan tumbuh lebih subur lagi selepas ini.

0 comment... add one now