Budak Lelaki Suntik Sharnaaz Ahmad Semangat

Ketika ramai tertanya-tanya adakah cinta Sharnaaz Ahmad putus lagi,Sharnaaz memuat naik gambar dia memeluk seorang budak lelaki di sebuah gym.Dia seperti berterima kasih pada budak lelaki itu kerana telah suntik semangat dalam dirinya: 

Adik, awak datang masa abg ada musibah, tapi awak bagi abang sedar yg hidup kita mungkin susah, tapi kita ada istimewa masing masing.. Contoh kelebihan yg awak ada, awak bagi kami sekeliling rasa bertuah bila ada sekeliling awak.. Awak ada ibu bapa yg sangat sayang kan awak adik, sekali ja abg jumpa awak tapi awak bagi abg rasa sangat sangat indah.. Jujur saya cakap, adik hizri 

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan hubungan cintanya dengan pelakon baharu Anis Al Idrus sudah berakhir.

Sharnaaz berkata, dia akan memberi penjelasan tersebut bila dirasakan bersedia untuk berkongsi masalah peribadi itu kepada umum.

"Maaf buat masa sekarang saya tidak mahu komen tentang hubungan ini.

"Tunggulah, nanti bila sudah bersedia saya sendiri akan hubungi awak untuk penjelasan itu," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.


Rata-rata pengikut laman instagram itu berpendapat ia berkaitan dengan hubungan cinta pelakon tersebut dengan seorang pelakon wanita baharu iaitu Anis Al Idrus.

Manakala, pada Jumaat lalu, Sharnaaz turut memuat naik gambarnya bersama seorang kanak-kanak lelaki dengan kepsyen seakan-akan sedang dilanda musibah.


Sementara itu, kekasihnya, Anis Al Idrus didapati memadam semua gambar-gambar mereka berdua di laman instagram miliknya sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan kenyataan Anis gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon.-mStar

0 comment... add one now