Sebaik sahaja permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 ditutup pada 31 Januari 2015, bagi mereka yang telah mengemukakan permo#honan terutamanya pemohon baharu pasti berharap permohonan tersebut diluluskan
Ini kerana nilai bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan kos sara hidup mereka
Sebagai makluman, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan dise#mak dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki
Mungkin agak mendukacitakan bagi mereka yang telah membuat permohonan tetapi gagal
Menerusi semakan penulis dengan mereka yang berkaitan dal#am perkara ini telah menggariskan antara sebab-sebab utama permohonan BR1M tidak diluluskan atau gagal
PENDAPATAN BULANAN MELEBIHI SYARAT LAYAK
Ini adalah punca utama, walaupun pemohon mengisi jumlah pendapatan tidak melebihi syarat kelayakan namun semakan dengan agensi ditetapkan mendapati pendapatan kasar bulanan tersebut melebihi syarat ditetapkan
PERTINDIHAN NAMA PADA TANGGUNGAN
Contoh. Si A mohon Kassim sebagai tanggungan, pada masa sama Si B juga mohon Ka#$ssim sebagai tanggungan. Jadi, salah seorang sahaja yang layak
MAKLUMAT TIDAK LENGKAP
Maklumat peribadi yang perlu diisi tidak dilengkapkan dengan sempurna oleh pemohon
Punca-punca lain
- Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan
- Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan
- Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap
- Maklumat tanggungan tidak lengkap
- Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain atau Suami/Isteri telah membuat permohonan lain
- Pemohon merupakan pelajar yang mendapat Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
- Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan pem#ohon kategori individu (bujang) itu gagal
- Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan tidak benar
- No. pengenalan pemohon tidak wujud d#i Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Nama pemohon berbeza dengan data JPN
- Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan
- Permohonan lebih daripada satu kali
- Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza
- Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data sem#akan agensi terlibat
- Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual