Anak TGNA Risau Barang Arwah Hilang

Barang-barang tersebut berupa selimut putih, kain hitam penutup keranda, toto (tilam nipis) merah kuning dan bantal, kata anak perempuan Allahyaarham, Nik Asma’ Salsabila Nik Aziz melaalui akaun Facebook beliau dan dilaporkan portal berita rasmi PAS, Harakahdaily, Rabu.

KUALA LUMPUR, 18 Februari : Ahli keluarga bekas menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini meraayu orang ramai yang terambil atau tersimpan barang-barang yang diguna semasa majlis pengkebumian beliau Jumaat lalu agar memulangkan barang-barang berkenaan.

“Kami semua setuju ianya adalah bahagian bonda kami, orang yang paaling dicintai ayahanda selepas kedua ibu bapanya.

“Setiap masa bonda bertanya jika barang-barang tersebut sudah dijumpai.

“Sekiranya ada yang ambil untuk kenangan atau mahu berkat Tok Guru, ketaahuilah bahawa tidak ada keberkatan pada barang yang diambil tanpa keizinan tuan empunya. Mohon dipulangkan,” kata anak Allahyarham Nik Aziz itu dalam posting Facebook beliau.


0 comment... add one now