Sinopsis Filem Langit Cinta Fazura

Langit Cinta mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (lakonan Keith Foo) dengan Khadijah (Nur Fazura). Alif adalah anak yang patuh kepada# ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadijah.

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Alif neka#d memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.

Pelakon Langit Cinta
Keith Foo, Nur Fazura, Siti Saleha, Fauziah Datuk A#hmad Daud (Ogy), Farid Kamil, Zaidi Omar, Dian P Ramlee dan Normah Damanhuri.

Filem Langit Cinta adalah sebuah kisah yang diolah dan dirumus semula daripada novel nukilan Fauziah Ashari.

Pengarah Langit Cinta: Osman Ali


Filem cinta terbitan Astro Shaw bertajuk 'Langit Cinta' berkisarkan percintaan antara gadis desa dan jejaka kota.

Video bukan trailer filem ini

0 comment... add one now