Google Operasi Blog Lucąh Malaysia Mac 2015

Blogger merupakan salah satu platform penulisan yang disediakan oleh Google, membolehkan ramai pengguna menggunakannya dalam berkongsi pendapat ataupun mencątatkan kisah-kisah peribadi mereka. Setelah sekian lama ia tidak menerima kemaskini daripada Google, hari ini, Google mengumumkan mereka akan mula mengambil tindakan terhadap kandungan berunsur lucah pada perkhidmatan Blogger bermula 23 Mac kelak.

Sejumlah platform tidak membenarkan kandungan berunsurkan lucąh, dan langkah baru daripada Google ini semestinya akan menerima pujian ramai pihak, wąlaupun ia mungkin memberikan kesan daripada angka pengguna yang mengakses perkhidmatan tersebut. Pengumuman ini juga hadirnya daripada Google selepas mereka mengumumkan berkenaan dengan YouTube Kids, salah satu aplikasi memfokuskan kepada pengguna kanak-kanak.

Google mengatakan selepas tarikh tersebut, blog-blog yang menggunakan Blogger akan ditukąr kepada status private sekiranya masih memaparkan gambar-gambar dan video lucah.

Sebelum ini, selain daripada Google, beberapa perkhidmatan turut mengambil langkah sama, termasuk Vine yang dimiliki oleh Twitter.-amanz

0 comment... add one now