Video Tasha Shila Nekad Kahwini Peninju Thai

BUKAN kali pertama pelakon sensasi Natasha Sheila Abdul Razak, 28, atau lebih popular dikenali sebagai Tasha Shilla berdepan kemelut yang mencalarkan imejnya sebagai pelakon, mahupun wanita.
Pernah menafikan ditangkap khalwat dengan pemain bola sepak Selangor, Mahali Jasuli pada tahun 2013, hubungan Tasha dengan kekasihnya, Han Chen Wong juga tidak habis-habis diperkatakan. Kini pelakon filem Ratu The Movie itu berdepan sebuah lagi isu panas. Isu terkini itu bukan sahaja melibatkan keperibadiannya yang pernah dilabel #nakal dan gemar bersosial di kelab malam. Lebih memalukan lagi, namanya termasuk dalam senarai 10 artis wanita gadis peneman atau escort girl dalam pemerhatian polis.

Nama Tasha memanas gara-gara satu temu bual berunsur tuduhan terhadapnya berhubung isu escort girl disiarkan sebuah rancangan hiburan baru-baru ini . Biarpun tud#uhan yang disifatkan tidak berasas itu telah dinafikan sekeras-kerasnya, impak negatif yang tersimbah ke muka Tasha tidak seperti mencurahkan air ke daun keladi.
Pelbagai cemuhan dan spekulasi liar menular pantas, terhimpit dengan tekanan dan desakan keluarga, Tasha telah bertindak melantik peguam Fahda Nur Ahmad Kamar untuk memulihkan kembali reputasi, maruah dan imej yang tercalar “Saya melantik peguam bukan kerana mahu menyaman sesiapa sewenang-wenangnya tetapi untuk mempertahankan hak saya. Selepas ini saya hanya akan menjawab soalan berasaskan fakta. Saya tidak kisah sekiranya ditanya mengenai putus cinta, bergaduh dengan pengarah atau datang lambat ke set penggambaran, tetapi bukan isu memalukan seperti menjadi escort girl,” kata Tasha yang hadir bersa#ma kekasihnya, Chen Wong dan wakil peguamnya, Fahda pada sidang akhbar khas di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KEKASIH Tasha, Han Chen Wong menegaskan, walau apapun berlaku dia tetap mahu menikahi pelakon itu pada tahun ini.

Pilih soalan
Menceritakan kembali situasi yang mendesak dia untuk mengambil pendekatan undang-undang terhadap isu terbabit, pelakon itu mula dihujani pelbagai soalan daripa#da anggota keluarga dan teman-teman rapatnya. Paling mengharukan, ibunya, Rosnah Suratman tidak henti-henti dirundung gusar.
“Ibu saya bertanya, kenapa asyik saya yang kena? Sejurus selepas keluar rakaman temu bual terbabit di kaca televisyen saya dihubungi oleh keluarga, terutamanya yang berada di kampung bertanyakan kesahihan perkara itu (menjadi escort girls) kerana pertuduhan itu sangat berat dan serius.
“Ia memang memalukan, memberikan tekanan dan telah menjatuhkan maruah saya serta keluarga gara-gara soalan itu. Biarpun ia sebuah soalan, secara tidak langsung telah memetik nama saya sebagai salah seorang individu yang terbabit dan sedang diburu polis sekali gus meletakkan dakwaan terhadap saya. Padahal saya tidak pernah dipanggil sesiapa dan tidak pernah terlibat dengan perbuatan itu. Ia satu fitnah!” getusnya.
Dipandang sinis
Selepas beberapa kali berdepan situasi perselisihan faham yang mengundang kepada fitnah, Tasha nekad untuk bersikap lebih defensif terhadap soalan yang akan diajukan kepadanya kelak. Belajar daripada kesilapan kata Tasha, hanya perihal kerjaya sahaja menj#adi keutamaan untuk diulas setiap kali temu bual.
“Saya akan lebih tegas selepas ini dan tidak akan menjawab soalan lain selain karier. Sebelum ini saya memberikan kerjasama kepada wartawan yang mengajukan soalan kepada saya dan menjawab sebaik mungkin, namun apabila hal ini tiba-tiba menjadi kecoh saya tidak boleh berdiam diri lagi.
“Saya tidak mahu orang memandang sinis dan melihat diri saya dar#ipada sudut negatif dengan timbul cerita sebegini. Saya juga tidak mahu nama saya dikaitkan lagi dengan isu yang tidak berasas. Sebelum mengajukan sebarang soalan sensitif saya nasihatkan agar memberikan asas atau bukti yang kukuh terlebih dahulu,” ujarnya sambil mengakui sudah banyak kali terkait dengan situasi seumpamanya sebelum ini.


Hadir ditemani Chen Wong yang sudah tiga tahun menjadi cinta hatinya, Tasha diajukan soalan berkaitan jodoh sekali lagi. Barangkali benar sebuah perkahw#inan mampu menutup segala cerita negatif, namun Tasha percaya dia tidak perlu berkahwin semata-mata untuk menimbus gosip.
Tutup gosip
“Sebenarnya sudah lama saya bersedia untuk berkahwin, namun tidak mahu orang menyalah anggap saya berkahwin kerana mahu menutup gosip. Padahal, hakikatnya perkahwinan itu untuk menghalalkan perhubungan saya dengan Han.
“Buat masa sekarang, kami masih belum mempunyai tarikh untuk mendirikan rumah tangga kerana nanti dibilang penipu pula sekiranya majlis dibatalkan#saat-saat akhir, jadi lebih baik kita tunggu masa yang sesuai dan saya akan umumkan segalanya apabila sudah sahih,” jelas pelakon drama Tabir Zulaikha itu.
Bagaimanapun, bagi Chen Wong dia sudah mempunyai perancangan untuk mengahwini Tasha pada tahun ini juga, namun mahu menyelesaikan masalah itu terlebih dahulu.
“Ya, saya percaya perkara sebegini akan berhenti apabila kami berkahwin tetapi kami harus menyelesaikan masalah ini terlebih dahulu sebelum melan#gkah ke fasa selanjutnya. Kami sedang merancang untuk berkahwin dalam tahun ini juga namun belum ada tarikh lagi.
“Sejujurnya, apabila isu ini menjadi kecoh saya banyak bertanyakan kepada Tasha mengenai kebenarannya dan kami tidak pernah bergaduh kerana hal tidak masuk akal seperti ini. Saya harap perkara bodoh ini akan berakhir dengan segera kerana ia #turut menjejaskan perasaan dan maruah pihak saya serta keluarga saya,” tambah peninju muay thai itu.-kosmo

0 comment... add one now