Ketika ini tersebar gambar dengan kenyataan seorang pakcik dibelasah pekerja TNB di Guar Nangka Perlis.Bagaimanapun dalam gambar dibawah tiada sebarang aksi tumbuk-menumbuk.Cuma kenyatan dalam gambar seorang isteri yang berada ditempat kejadian sedang melindungi suaminya dari terus dipukul oleh orang TNB dan pekerja Bangladesh.Adegan pukul-memukul ini disebabkan oleh suaminya yang enggan membenarkan pihak TNB memasang laluan kabel voltan tinggi melalui tanahnya tanpa membayar pampasan.
Bisaanya pihak TNB akan membayar pampasan sekiranya terbukti tanah itu ada pemiliknya.Sekiranya tiada dianggap tanah rezab kerajaan.Mungkin tuan tanah diatas tidak memiliki geran.Walau bagaimanapun tidak sepatutnya terjadi kekerasan kepada orang awam.Kita tunggu saja laporan sah berikutnya..
Sementara tu boleh baca dibawah ni :
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Pemilik tanah yang tidak berpuas hati dengan nilai bayaran pampasan yang ditetapkan oleh Pegawai Tadbir Daerah terhadap penggunaan tanah laluan kabel elektrik voltan tinggi boleh membuat rayuan kepada kerajaan negeri.
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini berkata pemilik tanah boleh membuat rayuan supaya nilai itu dipertimbangkan semula dengan nilai yang lebih tinggi.
"Kerajaan negeri akan mempertimbangkan bahawa harga yang diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad itu sepatutnya lebih tinggi daripada yang ditetapkan maka lazimnya TNB akan mengikut pandangan yang telah diputuskan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Syed Hood Syed Edros Alhaj (BN-Parit Sulong) mengenai dasar kerajaan dalam memberi pampasan kepada pemilik tanah.
Beliau berkata TNB dikehendaki membuat bayaran pampasan untuk sebarang gangguan, kerosakan dan ketidakupayaan yang mungkin disebabkan oleh pemasangan talian elektrik berkenaan.
Pampasan juga dibayar oleh TNB kepada pemilik tanah akibat kerja penyelenggaraan dan pembaikan, dari segi jumlah pampasan yang dikenakan tertakluk kepada taksiran oleh Pegawai Tadbir Daerah setelah mendapat laporan penilaian dan perakuan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, katanya.
Shaziman berkata penilaian itu dibuat berdasarkan kepada harga pasaran semasa serta harga pampasan pokok-pokok yang mempunyai nilai ekonomi mengikut jenis dan umur pokok berkenaan.
"Dalam pengiraan elaun ketidakupayaan, pada lazimnya kita akan mengkaji pada kecacatan dan kerosakan yang berlaku pada tanah tersebut, dengan jumlah bayaran antara 30 dan 60 peratus jumlah tanah yang terlibat," katanya.
Beliau berkata TNB turut memberi insentif kepada pemilik tanah dengan membayar balik cukai tanah setiap tahun mengikut keluasan tanah yang terlibat dengan laluan talian penghantaran.
Pemilik tanah perlu membuat tuntutan dengan mengemukakan salinan resit bayaran cukai tanah lot berkenaan.
"Bagaimanapun TNB tiada halangan untuk membenarkan pemilik tanah mengusahakan tanaman kontan dan nurseri yang ketinggiannya tidak melebihi enam kaki agar ia tidak membahayakan orang awam," katanya.
-- BERNAMA

Dah banyak kes rupanya TNB ni,,diharapkan orang ramai lebih sedar tentang undang-undang agar tidak tertipu.