Nasib malang menimpa fan page Amrans Fans kali kedua apabila pihak facebook telah menutup lagi fan page kedua yang baru dibina.Fanpage kedua yang mencecah lebih 100K like itu ditutup dengan alasan melanggar terma dan syarat laman sosial berkenaan.Mungkin ramai yang buat report kepada pengurusan facebook kerana fanpage kedua ini banyak menggunakan ayat biadap,mencarut dan berbentuk hasutan serta fitnah.
Amran Fans yang pertama dahulu meletup hingga 300K like kerana memaparkan kumpulan remaja yang didakwa pembuli.Gambar itu bagaimanapun adalah gambar palsu.Ayat ale utoo yang popular digunakan sekarang juga dikatakan berasal dari fan page ini.Fanpage itu tak lama kemudian ditutup pihak facebook.