Tanpa Malam Pertama Ezzati Kembali Berlakon-DIA sepatutnya menjadi raja sehari pada 6 September lalu tetapi tiada siapa dapat melawan takdir. Meskipun terselit rasa sedih dan kecewa, hatinya tidak ralat sebaliknya optimis apa diatur Yang Maha Berkuasa adalah terbaik buatnya.
Sudah tertulis belum tiba masanya bergelar isteri dan kini Ezzaty Abdullah, 24, kembali ceria meneruskan hari-hari seperti biasa. Masa berlalu, satu persatu rahmat mula dirasai dan dia sangat bersyukur.
Tekad pelakon muda ini, dia mahu fokus dengan karier dan perbetulkan kembali salah faham yang timbul sebelum ini berikutan pernah mengeluarkan kenyataan mahu bersara selepas mendirikan rumah tangga.
Katanya, perkara pertama yang perlu dibuat ialah mendapatkan kembali kepercayaan penerbit dan pengarah. Ezzaty akui ketika bergelar kekasih orang, dia pernah mengatakan mahu berhenti berlakon.
"Sesungguhnya itu kesilapan paling besar kerana tidak fikir panjang sebelum buat keputusan. Berikutan kenyataan itu, ramai takut ambil saya berlakon kerana belum tahu saya tidak jadi kahwin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Takpe la Ezzati..nanti dah kumpul duit banyak-banyak.. jaga perangai tu..jangan boros seperti selalu,bersederhana je..nanti boleh la malam pertama.. opss.. nanti boleh la kahwin..mesti ada org berkenan.