Bersalin pada tahap umur macam Rozita Che Wan ini boleh dikatakan beranak tua.Jadi tenaga pun tak la sekuat orang muda.5 Jam dalam wad bersalin memang memenatkan walaupun proses bersalin berjalan lancar,ditambah lagi ramai yang datang melawat tak putus-putus.Kena buat rakaman astro lagi,akhirnya Rozita Che Wan membuat keputusan berpantang di rumah ibunya saja..Bukan la lari berlari..dia naik kereta ok.
Menurut pengurusnya, Afeeq Abdul Wahab, Rozita agak keletihan kerana ramai yang datang melawatnya.
"Dia dah sihat cuma dia agak keletihan kerana melayan ramai saudara-mara dan kawan yang datang melawatnya sebaik saja mereka tahu dia bersalin. Bayi pun ok, tak meragam langsung.
"Rozita akan berpantang di rumah ibunya," kata Afeeq.
Bayi yang dilahirkan seberat 3 kilogram itu dan belum diberi nama adalah bayi pertama hasil perkahwinan Rozita dengan pelakon Zain Saidin. Menerusi perkahwinan pertamanya, Rozita dikurniakan dua anak lelaki, Ammar Effendy, 19 dan Aniq Ezzra, 17.
Jelas Afeeq, sebenarnya tarikh 1 November adalah tarikh yang dicadangkan doktor untuk dia bersalin. Namun, sebaik tiba di hospital doktor beritahu yang Rozita sudah boleh bersalin dan terus ditahan. Pelakon itu bersalin di KPJ Ampang Puteri, pada jam 2.18 petang.
"Macam tak percaya sebab semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Malah, pagi kelmarin sebelum ke hospital kami bersarapan nasi lemak dan bergurau macam biasa.
"Dia menunggu dalam bilik bersalin lebih kurang lima jam dan bersalin secara normal," katanya.
Wajah bayi yang sangat mirip bapanya itu, buat kali pertama disiarkan dalam program H! Live Astro, pada hari sama dia dilahirkan.-hmetro
So bertambahla koleksi anak Rozita Che Wan,selepas ni muka Che Ta jarang la muncul dalam drama sebab sibuk menguruskan anak bongsunya.Bongsu ke?rasa-rasanya ini yang last kan..kalau dikira tahap umur macam ni la kan.Tapi kalau dia larat boleh lagi buat anak lelaki pulak.Mesti ramai peminat setuju.. sepasang,