Tak Ada Kerja Lelaki Pulas Leher Sendiri Hingga Mati-Lelaki itu dipercayai memasukkan kepalanya di antara pagar itu dan kemudian memulas badannya, hingga menyebabkan lehernya patah.“Keadaan sungguh mengerikan,” kata saksi itu.
Lelaki berkenaan sebelum itu dilihat beratur dalam restoran, tetapi keluar sebelum tiba gilirannya.
Saksi, Murat Laginov berkata, kejadian berlaku ketika pelanggan berbaris untuk membeli piza dan burger di restoran berkenaan.
“Keadaan agak sibuk di dalam restoran. Saya melihat dia berdiri di belakang pekerja yang menyajikan makanan dan bercakap dalam telefon dengan nada agak kuat, mengenai pekerjaan.
“Mungkin ibu atau teman wanitanya. Dia kemudian keluar dari restoran itu dengan masih bercakap menerusi telefon.
“Tidak lama selepas itu, saya mendengar orang menjerit. Di luar restoran, saya melihat lelaki itu tergantung pada pagar dengan lehernya terkulai,” kata Laginov.
Sumy terletak berhampiran kawasan ketegangan etnik yang menyebabkan Ukraine berpecah kepada wilayah yang dikuasai Russia dan Ukraine.
Peperangan yang berlaku memusnahkan ekonomi serantau dan menyebabkan ramai yang menganggur.
Polis sehingga ini masih belum dapat mengenal pasti lelaki yang berusia kira-kira 30-an itu.