Pilu Gambar Terakhir Adik Rafikin Ketika Berlari

Pilu Gambar Terakhir Adik Rafikin Ketika Berlari-Pihak urusetia mengongsikan detik akhir Adik Rafikin ketkia berlari diawal perlumbaan cara Larian Antarabangsa Gunung Gajah Terom.Acara marathon di Hutan Air Terjun Sekayu mengundang tragedi apabila Adik Rafikin hilang pada sabtu lalu.



Keadaan Rafikin sewaktu dijumpai...terduduk dicelah batu

Menurut ibu saudara arwah, anak saudaranya itu merupakan seorang yang gemarkan aktiviti lasak dan penyertaannya dalam acara berkenaan telah dimaklumkan kepada ibu bapa dan keluarga.



Jenazah di bawa turun dari Gunung Terom,Sekayu







Jenazah Allahyarham Ahmad Rafikin Azman telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Pusara Kuala Berang malam tadi.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains SMS Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ini ditemui mati kira-kira jam 6.35 petang semalam.

Ahmad Rafikin ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu tidak jauh dari trek perlumbaan.

Sebenarnya langkah keselamatan perlu ditingkatkan lagi kerana acara sukan itu dibuat ketika keadaan basah musim hujan.Jalan berbukit yang licin dijadikan tempat berlari.. 

0 comment... add one now