Pelakon Hantu Kak Limah Marah Penyokong Saiful Liwat-Pak Jabib atau nama sebenarnya Man Kadir ketika ditemui Sinar Harian Online berkata, penyokong Saiful tidak sewajarnya datang ke kawasan tersebut dan sengaja mencetuskan kontroversi kerana kawasan tersebut dikhaskan untuk penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA - Kehadiran penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa sengaja mencetuskan provokasi rupa-rupanya menimbulkan kemarahan kepada pelakon filem Hantu Kak Limah yang memegang watak Pak Jabib.
"Dia datang kawasan kita, dia buat provokasi. Dia datang tidak beradab.
"Kita (penyokong Anwar) tidak mahu publisiti, dia (penyokong Saiful) datang hendak lagakan kita.
"Dia selalu di sana (merujuk kepada kawasan bersebelahan yang dikhaskan untuk penyokong Saiful), tetapi hari ini dia datang ke kawasan kita buat kecoh, ini tidak baiklah," katanya kepada Sinar Harian Online di sini, hari ini.
Suasana pagi tadi di pekarangan kompleks Istana Kehakiman yang mulanya tenang bertukar panas apabila penyokong bekas pembantu peribadi Anwar itu mula mencetuskan provokasi.