Kisah benar ini terjadi di negara Thailand,mayat bayi yang sudah meninggal kaku jasadnya tetapi rambut,gigi dan kuku masih tumbuh seperti biasa.Memang pelik bukan?
Kisah bermula apabila seorang ibu pada suatu malam bermimpi di datangi oleh bayinya yang telah meninggal beberapa hari sebelumnya. Dalam mimpinya, ibu muda ini mendapat mesej dari anaknya agar dia memindahkan tempat perkuburannya ke tempat lain.
Bayi tersebut mengatakan bahawa dia tidak selesa tinggal di tempat pengkebumiannya tersebut kerana di ganggu oleh penghuni-penghuni kubur yang lain.
Pada paginya si ibu pun bergegas bercerita pada suaminya tentang mimpi yang di alami semalam. Pada mulanya si suami keberatan untuk memenuhi permintaan isterinya untuk membongkar perkuburan anaknya. Namun kerana si isteri merengek terus akhirnya permintaan isteri pun di penuhi juga.
Setelah sampai perkuburan bayi mereka, maka kubur di bongkar, namun betapa terkejutnya kedua orang tua bayi tersebut kerana didapati bayi yang telah meninggal tersebut telah tumbuh rambut, kuku dan gigi.
Hingga sekarang si ibu bayi tersebut masih lagi sering mencukur rambut si mayat bayi dan memotong kukunya. Kejadian aneh tersebut sering jadi tarikan orang kampung.