Kerana Anak OKU ini dia dipenjara 4 bulan dan denda RM10,000.Sememangnya dia tak berniat hendak menjaga anaknya Muhammad Firdaus dari awal lagi.Kalau tidak masakan dia biar anaknya menjadi rangka.
NILAI - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan akan terus menjaga Muhammad Firdaus Dullah, 15, anak kepada Lolanopita Saidi, 40, yang bersedia anaknya itu tinggal di rumah kebajikan.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya dimaklumkan Lolanopita enggan menuntut Muhammad Firdaus, walaupun selepas selesai menjalani hukuman.
Katanya, melalui sesi kaunseling yang dibuat bersama Lolanopita, dia memberitahu kepada pegawai JKM, dia mahu Muhammad Firdaus terus tinggal di rumah kebajikan itu.
“Apa juga keputusan yang dibuat oleh ibu Firdaus, kita menerimanya. Kita tiada masalah untuk menjaga anak ini. Cuma sebagai seorang ibu dia harus mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap anaknya sendiri.
“Walaupun Firdaus berada di bawah jagaan JKM, namun dia dinasihatkan sentiasa menjenguk anaknya sekerap mungkin," katanya.
Beliau juga berkata, Lolanopita tidak boleh hanya melepaskan tanggungjawab kepada JKM semata-mata.
"Walaupun kita mampu menjaga Firdaus dengan baik, namun hubungan ibu dan anak tidak boleh dipisahkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Seminar ‘Nilai U - Niew Future Leaders Camp 2014’ di Nilai Spring Resort dekat sini, semalam.-sinar