Koleksi Gambar Dahsyat Serangan Jepun Pearl Harbor Yang Dirahsiakan

Serangan bom atom di Hiroshima, Jepun merupakan serangan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap Jepun yang melakukan serangan ke atas pangkalan tentera AS di Pearl Harbor, Hawaii.





Sejarah dan fakta Ringkas:
Pada 26 November 1941 angkatan merangkumi 6 kapal induk diperintah oleh Laksamana Chuichi Nagumo. Jepun meninggalkan Teluk Hitokappu di Kepulauan Kuril dan menuju ke Pearl Harbor tanpa melakukan sebarang perhubungan melalui radio.

Pada pagi 7 Disember 1941, pasukan kapal terbang dan kapal selam kerdil tentera laut Imperial Jepun, melancarkan serangan mengejut ke atas tentera laut Amerika Syarikat berpengkalan di Pearl Harbor, dan terhadap Kor Tentera Udara Darat serta lapangan terbang Marin berhampiran di Oahu,Hawaii.





Kapal terbang angkatan tersebut mengebom kesemua pengkalan tentera Amerika Syarikat di Kepulauan Hawai ( merupakan pengkalan udara tentera darat Amerika Syarikat terbesar), dan kebanyakan kapal yang berlabuh di pelabuhan Pearl, termasuk barisan kapal tempurnya

Hampir kesemua kapal terbang Amerika dimusnahkan di atas tanah; hanya beberapa pejuang berjaya berlepas dan bertempur. 12 kapal perang dan kapal lain ditenggelamkan atau rosak, 188 kapal terbang dimusnahkan, 155 telah rosak dan 2,403 rakyat Amerika kehilangan nyawa mereka. 

Kapal perang USS Arizona meletup dan tenggelam menyebabkan 1,100 orang kehilangan nyawa, hampir separuh daripada orang Amerika yang mati. Badan kapal kekal menjadi tugu peringatan kepada mereka yang terkorban pada hari itu, kebanyakan mereka kekal di dalam kapal tersebut.

Matlamat serangan pada Pearl Harbor adalah untuk melumpuhkan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik, walaupun untuk sementara. Laksamana Isoroku Yamamoto sendiri menyatakan bahawa serangan yang berjaya sekalipun hanya diberikan setahun dua untuk bertindak. 

Berikutan serangan tersebut, Jepun dengan rasminya mengisytiharkan perang ke atasAmerika Syarikat. Ini segera diikuti oleh mesej perang dari Presiden Roosevelt yangkemudiannya telah menandatangani satu pengisytiharan rasmi perang terhadap Jepun.


Lagi gambar-gambar menarik (30 foto):

































0 comment... add one now