Ibu Dan Anak Gatal Gedik Bersama

Ibu Dan Anak Gatal Gedik Bersama-Difahamkan, wanita berusia 32 tahun yang juga ibu kepada remaja perempuan berusia 16 tahun itu dipercayai berkahwin pada usia 14 tahun dan mempunyai tiga anak termasuk remaja terbabit, tetapi dua daripadanya tinggal berasingan. 

Jitra: Perbuatan sumbang dua beranak yang sering membawa masuk lelaki ke rumah mereka di kawasan perumahan di Tanah Merah sejak beberapa bulan lalu, terbongkar apabila mereka dicekup berkhalwat dengan dua lelaki, malam kelmarin.

Kedua-dua beranak itu ditahan jam 11 malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) ketika bersama pasangan masing-masing di rumah sewa berkenaan.

Remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu dikatakan tinggal bersama ibunya selepas berpisah dengan bapanya sehingga menyebabkan dua beranak terbabit terjebak dengan gejala sosial.

Ketua Operasi PADKP Abd Rahim Abu berkata, sepasukan anggotanya menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat membabitkan dua beranak itu di rumah terbabit lalu melakukan pemeriksaan lanjut. Beliau berkata, sebaik tiba pihaknya mendapati rumah terbabit dalam keadaan tertutup rapat dan berkunci.

“Anggota penguat kuasa kemudian mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali sebelum dibuka remaja perempuan itu yang berpakaian lengkap kemeja- T dan berseluar panjang.

“Hasil siasatan menemui seorang wanita dipercayai ibu remaja itu didapati duduk bersama dua lelaki berusia 19 dan 21 tahun termasuk seorang daripadanya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya, semalam.

Abd Rahim berkata, kedua-dua lelaki itu memberi alasan hanya menghantar makanan, tetapi didapati tiada makanan dibawa. “Berikutan itu, keempat-empat mereka ditahan untuk siasatan,” katanya.

0 comment... add one now