Hari Ke 3 Ibu Dengar Panggilan Anak Dari Gunung

Hari Ke 3 Ibu Dengar Panggilan Anak Dari Gunung-Bapa pelajar tersebut, Azman Othman, yang sepatutnya menjemput Ahmad Rafikin pada jam 3 petang Sabtu, membuat laporan polis selepas anaknya tidak muncul apabila tamat acara maraton Gunung Gajah Terom.

Dalam pada itu, laporanBernamamenyebut kawasan Hutan Lipur Air Terjun Sekayu ditutup sementara kepada orang ramai semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa.

Hari Ke-3: Pihak berkuasa memperluaskan skop pencarian dan pagi tadi anggota keselamatan membuat beberapa kumpulan dan dipecahkan ke kumpulan kecil. 

Ada yang mencari di persisir sungai , curam dan hutan sekitar dimana target tempat mangsa hilang. 

Abang mangsa, Ahmad Ridhuan Azman, 27, berkata beliau bersama bapanya mula menyertai operasi yang bermula kira-kira 8 pagi tadi bagi mendapatkan maklumat terkini usaha mencari dan menyelamat adik bongsunya itu.

“Laluan yang mencabar serta licin serta di tambah dengan hujan lebat menambahkan lagi kesukaran kami bersama pihak penyelamat mencari adik saya.

“Jika tersilap langkah, kita akan terjatuh ke dalam gaung. Namun saya dan ayah berharap adik selamat dan kami sekeluarga sudah bertekad untuk tidak berputus asa sehinggalah dapat menemui adik,” katanya.

Kumpulan yang terdiri dari 6 orang ini masuk pada jam 5 petang dan tiba di sekitar lokasi mangsa hilang pada jam 7 malam. -

Menimbulkan misteri, ahli kumpulan ini mendakwa mereka ada mendengar seperti sahutan yang kurang jelas, walaubagaimanapun mereka masih meneruskan pelbagai ikhtiar dan usaha untuk mencari adik Rafikin.

Terdahulu, seorang pelajar, Nor Hayati dari Sekolah Sekolah Sri Berang pula mendapat alamat dari mimpinya yang mangsa hilang di sekitar pokok besar di laluan trek marathon Gunung Gajah Terom.

Apa pun  masih belum menerima apa- apa berita yang membuatkan ahli keluarga Encik Azman dan Puan Rasyidah senyum seperti sedia kala. Terima kasih jua kepada yang telah memberi sumbangan makan dan minum kepda anggota keselamatan dan juga keluarga mangsa.

Menteri Besar YAB Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman mengarahkan semua masjid dan surau di Terengganu mengadakan solat hajat untuk adik Ahmad Rafikin Azman.

 Sama-sama kita berdoa dan solat hajat. Insyaallah, Allah akan membuka jalanNya nanti..

Selepas lebih 72 jam kehilangan adik Rafikin.

Bekas timbalan menteri Dato Khalid Yunus turut menyertai misi Mencari & Menyelamat dan dibantu ayah dan abang Rafikin. Teruskan berdoa semua


Ibu mangsa

Setakat ini masih tiada tanda2 positif dalam misi mencari adik Rafikin walaupun ibu mangsa mendakwa ada mendengar jeritan suara Rafikin memanggil namanya. 



UPDATE 5:43 PM: Lelaki tertua di Kampung Sekayu yang dikenali sebagai Pak Teh merupakan antara orang yang terawal membuat trek menuju ke Gunung Gajah Terom itu. 

Inshaallah, sekejap lagi Pak Teh akan turut serta dalam operasi SAR kehilangan Adik Rafikin. Semoga Allah permudahkan jalan pencarian yang kini memasuki hari ke-3. Aminn...


Dalam pada itu Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato Jailani Johari memohon semua rakyat Malaysia mendoakan keselamatan adik Rafikin agar segera dijumpai.

 Beliau turut mengingatkan blog atau media sosial tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar berkenaan kes ini. 

Update:8.20am

Rosli berkata kawasan Sekayu ditutup kepada awam petang tadi kerana kehadiran orang ramai yang 'cuba membantu' sebenarnya mengganggu kawasan pencarian itu.

"Kita terpaksa menutup seketika kawasan ini bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku terhadap keselamatan pengunjung yang cuba membantu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu, cuaca gelap dan hujan lebat membahayakan keselamatan  pengunjung yang bermandi manda ataupun berkelah di kawasan Hutan Lipur Air Terjun Sekayu.

Pusat peranginan itu akan dibuka seperti biasa selepas Ahmad Rafikin ditemui pihak penyelamat.

Dalam pada itu, Rosli berkata operasi mencari pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu masih menemui jalan buntu.

"Sehingga petang tadi, tiada petunjuk ditemui walaupun kawasan pencarian diperluaskan dan penambahan 143 anggota penyelamat dari pelbagai agensi," katanya.


0 comment... add one now