Gambar Report Palsu Lelaki Dirogol Wanita

Dalam laporan tersebut, seorang lelaki didakwa didatangi oleh kenalannya yang merupakan seorang wanita memintanya menghantar pulang ke Wangsa Maju.

Setibanya di perkarangan rumah, wanita berkenaan didakwa bertindak mencium dan memeluk lelaki terbabit sambil membuka seluarnya.


Kes wanita rogol lelaki: Laporan palsu seorang lelaki mendakwa dirogol kenalan wanitanya yang tersebar di laman sosial.

KUALA LUMPUR, 11 November: Satu laporan polis mengenai kes seorang lelaki mendakwa dirogol oleh kenalan wanitanya yang tersebar di laman sosial, pada Isnin.

Dalam laporan itu juga, lelaki terbabit mendakwa, wanita berkenaan kemudian bertindak merogolnya sebelum keluar daripada kereta dan masuk ke rumahnya 10 minit kemudian.

Bagaimanapun pihak polis ketika dihubungi menafikan ada menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurut, jurucakap Balai Polis Dang Wangi, pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai kes itu.

“Buat masa ini, pihak kami tidak menerima sebarang aduan mengenai kes itu, kami beranggapan laporan polis berkenaan palsu dan telah disunting,” katanya ketika dihubungi.

0 comment... add one now