Hasil siasatan awal bersama ibu angkat kanak-kanak itu, dia mengesahkan tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun diambil sejak lahir.
Sibu: Empat kanak-kanak yang ditemui merayau-rayau di sebuah restoran di Sibu Jaya petang Sabtu lalu difahamkan keluar dari rumah tanpa kebenaran, bukannya dihalau ibu bapa angkat mereka sebagaimana yang tersebar dan menjadi viral di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri berkata, ibu angkat mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal, di sini, membuat laporan polis Ahad lalu memaklumkan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.
Katanya, semua kanak-kanak itu ditinggalkan di rumah sebelum wanita berkenaan keluar, tetapi sebaik pulang mendapati mereka tiada di rumah dengan mangga kunci jeriji dipecahkan.
"Wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga. Mereka ditinggalkan tanpa penjaga, namun semua keperluan seperti makanan disediakan," katanya.-hmetro