Musim buli kembali lagi bersama musim hujan yang lebat.Sebelum ini seorang apek telah pun ditangkap polis selepas 24 jam dia meludah dan merosakkan wiper kereta seorang wanita.Terkini seorang amoi pula berdarah ditampar oleh apek juga.Kali ini apek yang memandu teksi telah meminta pemandu perempuan mengundurkan kereta di jalan 2 hala belakang Hotel Istana jalan Raja Chulan.
Kalau dilihat pada gambar dibawah,jarak untuk perempuan ni undurkan kereta tak la jauh sangat,dua tiga meter sahaja,namun wanita ini berkeras tidak mahu undur kerana dia berada di jalan utama.
Teksi berkenaan yang kemungkinan tekanan hidup kurang pelanggan hari itu mula dirasuk kemarahan,dia bertindak diluar kawalan apabila melanggar kereta perempuan tersebut.Tak cukup dengan itu dia keluar lalu menempeleng pigi gebu amoi tersebut dikiri dan kanan.
Segala gambar bukti dan nombor plat teksi telah dirakam.Tak lama lagi kena tangkap la pemandu teksi ni.Inilah akibatnya kalau kita berkeras dengan orang yang tidak bertolak ansur di jalanraya.Tak kira lelaki mahupun perempuan.Bila di jalan raya sikap mereka terus berubah..pemarah,ego dan tidak mahu bertolak ansur,Kenapa?