Farid Kamil memang terkenal dalam filem aksi.Tahukah anda yang Farid Kamil tidak digantikan dengan stuntman atau pelagak ngeri yang lain.Dia sanggup melakukan sendiri aksi merbahaya.Pernah cedera dirusuk dalam Filem Anak Jantan,kini dia berkongsi pengalaman jatuh dari tingkat 4 hingga sukar bernafas dalam filem Kaki Kitai.
“Cabaran paling teruk adalah ketika melakukan babak jatuh dari tingkat 4. Persiapan awal tak dilakukan dengan baik dan pengiraan saya juga silap. Saya terhempap di bahagian belakang dan akibatnya, ia mendatangkan kecedaraan di bahagian belakang saya.
Saya tak boleh nak ‘bajet’ sebab saya jatuh dari bahagian belakang, kalau bahagian depan mungkin saya dapat kawal. Selepas jatuh, saya tak bernafas dalam lima saat dan memang susah nak tarik nafas,” kongsi Farid sambil menafikan dia tidak serik untuk melakukan aksi lagak ngeri.
“Bukan tak serik tapi malang tak berbau. Memang saya ada cakap nak kurangkan aksi lagak ngeri, namun saya memang tak sangka benda itu akan berlaku. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan akan pastikan saya melihat dulu pakar buat sebelum saya sendiri melakukan aksi. Kalau selamat untuk lakukan, saya akan buat,” ujar Farid ketika ditemui pada majlis tayangan media filem ‘Kaki Kitai’ di TGV Setia Walk, Puchong pada Isnin.-gua.com.my