Anda sukakan makanan yang cantik berwarna-warni?Jom kita cuba dengan resepi mewarna makanan paling mudah,iatu mewarna telur.Bukan sahaja kulitnya yang berubah warna,isinya sekali juga menjadi warna yang sangat menarik.Dan yang penting,ia juga selamat dimakan.
Cara-caranya:
1. Masukkan telur ke dalam air untuk direbus
2. Rebus telur sampai mendidih
3. Retak-retakkan kulit telur yang telah siap direbus
4. Hasil telur yang telah diretakkan
5. Sediakan pewarna makanan
6. Masukkan telur ke dalam plastik, kemudian tuangkan pewarna ke celah-celah retakan telur
7. Bungkus telur dengan plastik agar warnanya menjadi rata
8. Keluarkan telur dari plastik, kemudian alirkan dengan air bersih
9. Kupas kulit telur yang telah diwarna
10. Siap sudah! Boleh dihias mengikut citarasa dan kreativiti
11. Isi dalam telur
Taraa.. dah siap.. mudah saja buat telur berwarna-warni ini kan?Anak-anak anda mesti sukakannya.