Bung Mokhtar Kritik Kereta Proton Yang Kaki Ciplak-Jarang kita jumpa orang kuat Umno mengkritik kereta Nasional Malaysia iaitu Proton.Biasanya hanya pembangkang yang memainkan peranan komen sana sini untuk kebaikan.Kali ini Bung Mokhtar menyelar syarikat Proton yang kaki ciplak.
“Dulu kita ‘ciplak’ enjin dari Mitsubishi, dan untuk Proton Perdana ‘ciplak’ pula dari Honda Accord. Apakah kita tidak ada perancangan untuk mencipta kereta buatan Malaysia sendiri,” katanya dalam soalan tambahan kepada Mustapa.
BACA :
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mempersoalkan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengapakah syarikat pembuat kereta nasional Proton masih gagal untuk mencipta sebuah kenderaan seratus peratus buatan Malaysia.
Jelasnya, bukan hanya rakyat, beliau sendiri turut malu dengan kenyataan bahawa syarikat automobil negara tersebut masih meniru hasil kerja luar.
“Saya cadangkan supaya pihak kerajaan terus menggunakan Honda Accord dan bukannya kereta ‘tiruan’ Honda Accord,” katanya.
Jelasnya lagi, adakah rakyat di negara ini ketandusan idea, dan dengan teknologi yang ada, adakah kita tidak mampu untuk membangunkan industri kereta di Malaysia.
“Jika berterusan begini, nampaknya Proton tidak mempunyai masa depan,” katanya.
Kata Bung kepada Mustapa, sebagai seorang menteri, tentunya malu mempunyai sebuah kereta jenama Malaysia tetapi tidak bermutu tinggi hanya dengan mengubah 19 barangan di dalam kereta tersebut.
“Kenapa kita tidak mencipta badan dan enjin sendiri. Jangan hanya badan dari Malaysia tetapi rohnya dari negara Jepun,” kata beliau lagi.
Bagi menjawab persoalan Bung itu, Mustapa tidak menafikan bahawa sebahagian komponen kereta Proton Perdana itu diambil di Jepun manakala, 33 peratus komponen tersebut adalah buatan dari Malaysia.
“Iriz umpamanya adalah kereta asli buatan Malaysia. Iriz adalah sebuah kereta yang mana enjnnya 90 peratus buatan Malaysia.
“Tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa Malaysia tidak mempunyai kereta buatan Malaysia,” katanya lagi lapor Free Malaysia Today