Malam pertama adalah malam yang paling dinantikan pengantin baru.Pada malam itu suasana mestilah tenang,aman dan romantik.Tapi bagaimana sekiranya pada malam itu suasana bising dan diganggu orang lain?Itu yang terjadi dengan budaya pelik di malam pertama.
Charivari (juga dikenali sebagai Shivaree) mungkin adalah tradisi perkahwinan yang paling memalukan bagi pengantin baru.
Charivari mempunyai definisi "nyanyian atau teriakan sumbang yang disertai bunyi pukulan periuk, cerek dan perkakas lain yang akan mengeluarkan bunyi bising untuk mengganggu pengantin baru ketika malam pertama".
Tradisi yang pelik ini menjadi popular di abad ke-19 dan tradisi ini berasal dari Perancis. Namun, tradisi ini bukan hanya ditemui di Perancis, ia juga tedapat di Amerika Syarikat dan Kanada.
Charivari di lakukan pada malam perkahwinan pasangan pengantin baru. Satu perjumpaan akan diadakan di kalangan rakan-rakan, ahli keluarga dan tetamu perkahwinan.
Mereka akan berkumpul di luar rumah pengantin baru dan kemudiannya membuat bunyi bising.
Mereka mengetuk periuk, cerek, drum, tin, tong dan sebagainya serta menyanyi dengan suara yang sumbang seperti lolongan anjing atau apa-apa cara sekalipun yang boleh digunakan untuk mengganggu pasangan pengantin baru.
Pelbagai cara akan digunakan 'para pembuli' malam pertama ini semata-mata untuk mengganggu pasangan pengantin baru tersebut.