Vanidah Imran Beri Penjelasan Isu Cerai


Vanidah Imran Beri Penjelasan Isu Cerai-Selain sering hadir ke majlis-majlis bersendirian,Vanidah Imran juga dikatakan sudah tidak tinggal serumah lagi dengan suaminya Rashidi Ishak.Oleh kerana gosip keretakan rumahtangga mereka makin diperkatakan ramai,Artis ini tampil membuat penjelasan :

"Sampai sekarang saya tidak tahu daripada mana datangnya gosip itu dan ia membuatkan saya cukup bengang.

"Tambah pula terdapat laporan di media yang membuat andaian kronologi mengenai 'keretakan' rumah tangga kami, ia sangat mengarut,"

"Kalau orang nampak saya seorang di mana-mana majlis, ertinya, suami jaga anak di rumah, dan begitu juga jika ada yang melihat suami tidak berteman di majlis, bermakna saya pula menjaga anak-anak.

"Rasanya perkara seperti ini tidak perlu dibuat penjelasan kerana mana-mana ibu-bapa yang tidak mempunyai pembantu rumah akan melakukan perkara sama seperti kami.

"Takkanlah, setiap malam saya perlu memuat naik foto kami di Instagram untuk membuktikan kami masih sebumbung?"

Itulah berita terkini dan perkembangan paling baru tentang isu ini. Semoga rumahtangga Vanidah Imran dan Rashidi Ishak semakin kuat dan sentiasa bahagia. -mStar

0 comment... add one now