Intan Ladyana Jawab Luahan Perasaan Kamal Adli-Intan juga berkata keluarga memahami kisah dan hubungannya. Intan juga ada berhubung dengan keluarga Kamal Adli untuk menerangkan kisah sebenar.
Ini kata Intan Ladyana (via Utusan) :
"SAYA anggap apa sahaja kenyataan yang keluar daripada mulut Kamal sebagai haknya. Saya tak ada apa nak komen atau nak balas apa-apa pun kenyataan dia,"
Mungkin ada sebab mengapa dia berkata begitu. Sebagai wanita saya tahu apa yang saya buat. Keputusan untuk berpisah ini bukan datangnya daripada saya sendirian sebaliknya sudah dibincangkan ketika Ramadan yang lalu.
"Dia tahu apa yang berlaku antara kami. Sudah tentu ada sebab berlakunya perpisahan ini dan masing-masing faham dan cukup dewasa untuk menghadapinya.
"Saya tak akan balas apa-apa pun kenyataan dia walaupun ada beberapa kenyataan yang kurang tepat dikeluarkan,"
Waktu itu majlis anugerah dan pastinya semua orang ada tugas masing-masing. Saya memang agak sibuk memandangkan terlibat untuk menyampaikan anugerah.
"Lagi pun waktu begitu tak sesuai untuk bercakap hal-hal peribadi terutama tentang hati dan perasaan. Suasana kelam kabut sedikit. Lagi pun kami hanya berkawan dan (sudah) tidak ada apa-apa hubungan lagi,"
"Alhamdulillah keluarga tidak mendesak dan tidak bertanyakan macam-macam tentang perpisahan ini. Saya ada terangkan kepada mereka apa yang telah terjadi dan semuanya faham dengan situasi itu.
"Soal hati dan perasaan ni bukan boleh di bawa main-main. Asalkan keputusan yang saya buat itu betul sudah membuatkan mereka lega,"