Punca Shell Lebih Liter Minyak Daripada Stesen Minyak Lain

Punca Shell Lebih Liter Minyak Daripada Stesen Minyak Lain-Menerusi laman sosial, kini tersebarnya dakwaan yang mendakwa ada stesen minyak yang tidak jujur dalam menyalurkan setiap liter minyak kepada tangki kereta. Ramai yang memuji Shell kerana dapat menyalurkan minyak yang lebih iaitu sebanyak 8.70 Liter bagi pembelian minyak sebanyak RM20. 

Manakala, hanya 8.695 liter (Petronas) dan 8.696 liter (Petron) bagi pembelian minyak pada harga yang sama. Berikut adalah penjelasan isu perbezaan setiap liter di antara ketiga-tiga stesen minyak berkenaan.
Penjelasan Isu Perbezaan Liter Isi Minyak Di Shell Petronas Dan Petron

Untuk info, stesen minyak Shell menggunakan dua titik perpuluhan sahaja (two decimal places) manakala Petronas dan Petron menggunakan 3 titik perpuluhan (Three Decimal Places) pada mesin pam minyak. Contohnya bagi pengisian RM20, Shell akan membundarkan 8.696 liter atau 8.695 liter kepada 8.70 Liter. Manakala perbezaan Petron 8.695 liter dan Petronas 8.696 liter bagi isian RM20 turut membawa maksud sukatan yang sama dan tidak jauh jurang perbezaannya.

0 comment... add one now