Hanez Suraya Rayu Stesen TV Terima Kembali Dirinya-Tidak pula kami sangka begitu hebat kesan kontroversi yang melanda diri Hanez Suraya sehingga banyak stesen televisyen di Malaysia tidak mahu namanya terbabit dengan produksi drama atau telefilem untuk disiarkan. Terputus rezeki nampak gayanya.
Memberi kenyataan kepada Berita Harian hujung minggu lalu, Hanez Suraya mengakui salah dan menyesal dengan apa yang telah berlaku sebelum ini namun terkilan apabila ada pihak tidak memberikan dirinya peluang kedua dan terus menghukum.
“Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?”
“Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapan tetapi mengapa saya tidak diberi kesampatan itu? Saya tak mengeluh sebaliknya berharap mereka yang mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan”
“Penerbit tidak pernah lupa malah masih menghulurkan tawaran, tetapi pada saat akhir nama saya digugurkan kerana bimbang kemunculan memberi kesan kepada rating sesebuah drama”
“Saya tak menafikan perasaan rindu untuk kembali ke lokasi penggambaran semakin tebal. Pernah juga saya merisik khabar daripada penerbt yang rapat, mereka yang masih memberikan sokongan, tetapi apa daya mereka jika nama saya tidak diluluskan oleh stesen televisyen. Sesetengah pihak dengar saja nama Hanez Suraya, terus ditolak. Berikan saya ruang untuk membersihkan nama dan menebus semua kesilapan lalu,” ujar Hanez Suraya panjang lebar.
Mungkin sampai masa untuk pihak tertentu memberikan peluang kepada Hanez Suraya untuk muncul semula di kaca televisyen kerana kami yakin pasti ada para peminat sendiri yang rindukan kemunculan pelakon ini dengan drama atau telefiem baru, kan?