Punca JPJ Rahsiakan Kerabat Raja Beli Plate BMW RM Berjuta-Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata anggota kabinet, hakim, dan kerabat diraja adalah pemenang bidaan yang tidak dinamakan bagi nombor pendaftaran “BMW”. Ia dirahsiakan dan prosedur biasa yang diamalkan bagi mengelakkan persepsi negatif masyarakat.
The Malaysian Insider melaporkan, Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad menafikan JPJ memberi lima nombor pendaftaran eksklusif yang tertera “Anggota Pentadbiran Kerajaan” secara percuma.
Pembida ‘rahsia’ turut membayar bagi nombor pendaftaran BMW 1, BMW 2, BMW 7, BMW 9 dan BMW 10, namun enggan mendedahkan jumlah bidaan mereka yang diterima JPJ.
Mereka bida nombor-nombor pendaftaran itu dan memenangi dan tidak didedahkan untuk mengelak mengelakkan persepsi negatif masyarakat, kata Ismail.
“Ini amalan kami. Ia bukan soal ketelusan. Ini SOP dan kami tiada niat buruk merahsiakan maklumat itu.
“Kami mahu mengelakkan spekulasi. Selagi mana-mana individu ada duit dan melakukannya dengan cara yang sah untuk memperolehi nombor itu, mereka boleh memilikinya tanpa mengira siapa mereka,” kata Ismail lagi.
SOP berkenaan adalah untuk tidak mendedahkan nama pembida yang merupakan kerabat diraja, atau kerabat rapat kepada Yang Di Pertuan Agong.
Ismail juga berkata, Yang di-Pertuan Agong hanya boleh memiliki nombor pendaftaran percuma lebih dari satu, namun masih tertakluk kepada beberapa kuota dan menteri hanya diberikan sebuah nombor pendaftaran kenderaan secara percuma.
“Jumlah untuk nombor panas seperti ini boleh mencecah tiga, empat kali ganda berbanding nombor pendaftaran biasa. Itu sahaja yang boleh saya kata,” katanya.
“Jadi jika nombor normal dijual pada RM1 juta, untuk jenis ini, boleh jadi RM3 juta hingga RM4 juta,” ujarnya.
Nombor pendaftaran kenderaan siri BMW dibuka untuk bidaan pada 14 Ogos hingga 28 Ogos di semua premis JPJ.