40 Juta Tonton One Direction Steal My Girl

Video muzik tersebut mencuri perhatian dunia di laman sisoal video itu selepas dilihat lebih 20 juta pelayar Internet dalam tempoh 24 jam selepas ia dimuat naik.

KUMPULAN One Direction menjadi artis paling dicari dalam tempoh 24 jam selepas video muzik terbaharu mereka berjudul Steal My Girl dilancarkan di laman YouTube pada 27 Oktober lalu.

Salah seorang anggotanya, Harry Styles turut mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat mereka yang telah menonton video tersebut sehingga menjadi video paling dicari di YouTube.

Lagu Steal My Girl merupakan single pertama daripada album kedua mereka berjudul Four. Album tersebut akan dilancarkan sepenuhnya pada 17 November depan. - mStar

0 comment... add one now