Anwar Terus Bela PTPTN Dengan Persoal 1MDB Hutang RM34 Bilion

Anwar Terus Bela PTPTN Dengan Persoal 1MDB Hutang RM34 Bilion -Walaupun dibebani hutang, 1MDB dijangka akan menyenaraikan aset tenaganya di Asia menerusi Virtus Energy yang dianggarkan menjana RM 16.5 bilion (IPO terbesar Asia) pada Januari 2015
.

“Adakah ini bertujuan untuk menjana dana bagi membayar hutang-hutang awalnya (bail-out)?” bahasnya dalam Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR 13 OKT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempunyai hutang terkini mencecah RM36.25 bilion.

Beliau mempersoalkan bagaimana 1MDB diberikan projek untuk diuruskan sebanyak RM 11 bilion sedangkan hutang masih tinggi. Malah terdapat dakwaan sebuah janakuasa gas di Melaka diberikan secara rundingan langsung dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menekankan bahawa kerajaan perlu menangani masalah ini dengan kadar segera supaya tiada pertambahan kos akan berlaku.

“Ini masalah berterusan, kita bicara soal tranformasi ekonomi, tetapi tatakelola tidak diperbaiki.
“Apa bezanya bidaan dengan rundingan langsung, kita tak dapat nilai kos, ini hanya persetujuan menteri dan ‘technical report’, kalau tidak ditangani kos akan meningkat,” ujarnya.

Katanya lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini memetik hadis mengenai hukum berhutang terhadap peminjam Tabung Perbadanan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal menjelaskan pinjaman.

“Perdana Menteri ada sebut soal hadis sekiranya PTPTN tak dibayar tetapi dia kena tahu dalam hadis riwayat Muslim (menyebut) ‘‘Diampuni bagi orang yang syahid semua dosa kecuali hutang,” bidasnya merujuk ucapan Najib. - KeadilanDaily

0 comment... add one now