PERMATA Tempat Anak Keluarga Berada-Bila kita cerita perihal Permata ini semua orang bagi perhatian sebab permata ni berkilau dan semua orang tengok."Kenapa Permata tidak sampai ke Sabah bererti Permata tidak dikaji sepenuhnya, kemana hendak pergi?"soalnya.
Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin berkata, program Permata adalah program 'short cut' untuk Permata Seni dan kebanyakkannya mengambil kanak-kanak dari kalangan orang kaya.
"Kalau Permata bersungguh-sungguh membantu rakyat patut mengambil anak-anak dari keluarga miskin,"bidas Zuraida ketika mencelah.
Terdahulu Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah ketika membahaskam Bajet 2015 menegaskan program Permata sangat baik dan memberi kesan kepada kanak-kanak dan tidak wajar dipersoalkan.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh ketika mencelah melahirkan rasa kecewa kerana program Permata tidak pernah sampai di Sabah.
Ahli Parlimen Batu Gajah V.Sivakumar meminta Perdana Menteri memberikan butiran terperinci berhubung agihan peruntukan bajet sejumlah RM711juta kepada pendidikan awal kanak-kanak termasuk Permata.
"Setuju kalau kita minta PM untuk berikan butiran berapa peruntukan kepada Kemas,Permata, tadika peraduan?" katanya ketika mencelah.
"Kalau kita telus, tidak ada masalah kalau kita perincikan kerana saya melihatkan program ini sangat baik," tegas Shamsul menjawab kepada Sivakumar. - HARAKAHDAILY