Alvin Tan Maki Dan Cabar Ketua Polis Supaya Segera Tangkap

Alvin Tan Maki Dan Cabar Ketua Polis Supaya Segera Tangkap-Masih menunggu Ketua Polis Negara untuk datang dan menangkap saya di Hollywood, Los Angeles… Zzzzzzz.

“IGP (Ketua Polis Negara) cakap besar je… Kononnya nak cari sampai ke lubang cacing. Oi, IGP bo.doh. Datanglah tangkap saya. Dah tua berjanggut putih saya tunggu” ujarnya di laman media sosial sebentar tadi.


Kuala Lumpur -Penulis blog seks Alvin Tan, hari ini cuba mempermain-mainkan undang negara apabila mencabar Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar segera menangkapnya.

Alvin dalam entri terbaru di laman Facebooknya sebentar tadi, turut menghina Khalid dengan panggilan bodoh kerana dikatakan bercakap besar ketika mengeluarkan kenyataan sebelum ini.

Pihak polis sebelum ini berkata, akan terus mencari penulis blog seks itu sehingga ke lubang cacing.

Menurut Khalid, tindakan Alvin yang semakin biadab dengan memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya itu, dilihat cuba untuk memalukan beberapa pemimpin negara tidak boleh dimaafkan.

“Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing,” katanya mengulas mengenai tindakan Alvin yang melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan memohon suaka.

Khalid berkata, siasatan terhadap kes tersebut sudah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang mengaibkan pemimpin negara menggunakan media sosial.

“Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut,” katanya sebelum ini.

Walaubagaimana pun SuaraTV tidak dapat mengesahkan sama ada akaun Facebook itu milik Alvin sendiri atau sengaja direka oleh pihak tertentu.

Namun berdasarkan gambar, komen dan entri-entri status yang dimuatnaikkan sebelum ini, SuaraTV percaya ia dikendalikan oleh Alvin sendiri.

Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.

Sebelum ini sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee.

Alvin, 26, dalam satu temubual bersama sebuah portal berita baru-baru ini berkata, meninggalkan Malaysia adalah “satu-satunya tindakan rasional” kerana dia tidak berdaya melawan “kezaliman dan kejahilan”.

Beliau turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas.

Dalam temubualnya itu, Alvin mempertahankan posting Ramadannya yang mengandungi bak kut teh sebagai satira politik.

Beliau berkata, ia menunjukkan bahaya menggunakan Islam untuk “mentadbir hidup orang ramai” dengan menjadikan moral peribadi sebagai undang-undang tanpa membezakan yang tidak bermoral dengan yang menyalahi undang-undang.

Alvin berkata, beliau percaya dirinya bukan pengecut dengan memohon suaka di AS, tetapi dia hanya “bijak, pragmatik, berkira dan bijak dengan wang.”

0 comment... add one now