Puting Beliung Ranapkan 35 Rumah Di Kota Setar

Puting Beliung Ranapkan 35 Rumah Di Kota Setar-Semakin menjadi-jadi pula bencana alam puting beliung di Malaysia pada tahun 2014 ini. Terkini puting beliung yang sempat dirakam di Jalan Langgar mengakibatkan lebih 10 rumah rosak, petang tadi. 

Alor Setar: Sekurang-kurangnya 35 rumah di sekitar daerah Kota Setar, dekat sini rosak teruk selepas dilanda puting beliung kecil dikenali sebagai belalai air.


Baca ; Cara Hadapi Ribut Taufan
Baca: Doa Ketika Hadapi Ribut Dan Bencana Alam

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, antara rumah yang rosak dilanda belalai air berkenaan termasuklah di Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa 1, Kampung Sungai Baru dan Taman Inang.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5 petang oleh orang ramai bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati sebahagian rumah yang dilanda belalai air itu rosak teruk akibat dinding kediaman mereka diterbangkan angin dan ditimpa pokok tumbang.-bharian online


Puting beliung di Kepala Batas berdekatan lapangan terbang TUDM sebentar tadi.



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.





0 comment... add one now