Kuala Lumpur, 10 Okt - Bajet 2015 telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib pada jam 4.00 petang di parlimen.
Di dalam pembentangan bajet tersebut, Perdana Menteri telah menyatakan bajet 2015 adalah satu bajet yang berorientasikan rakyat malah bajet ini sendiri dinamakan Ekonomi Keperluan Rakyat (EKR).
Memandangkan pembentangan yang diberikan oleh PM begitu terperinci dan menyeluruh, disini kami bawakan beberapa isi kandungan bajet 2015 yang mungkin dapat menarik perhatian anda.
Kewangan
- BR1M dinaikkan dari RM650 kepada RM950 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
- Penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 pada Januari 2015
- Elaun OKU bekerja dinaikkan drp RM300 kepada RM350
- Kesemua 222 Anggota Parlimen akan menikmati kenaikan elaun, berkuat kuasa 1 Jan tahun depan
- Program Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) diteruskan dengan kadar RM250 seorang pelajar dengan peruntukan RM 325 Juta
- Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 sehingga RM4,000 pula, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750.
- BR1M bagi individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 dinaikkan dari RM300 kepada RM350
- BR1M akan dibayar secara ansuran sebanyak tiga kali dalam setahun.
- Pelbagai barangan harian, buah, buku tidak dikenakan GST.
- 300 unit pertama penggunaan elektrik tidak dikenakan GST
- Petrol RON95 dan Diesel tidak dikenakan GST
PTPTN
- 20% diskaun kepada peminjam PTPTN yang melangsaikan hutang sekaligus bermula hari ini higga 31 Mac 2015.
- Rebat 10% dicadangkan untuk peminjam PTPTN yg bayar balik selama 12 bulan berturut-turut hingga akhir 2015
Pembangunan
- Beberapa pembinaan lebuh raya yang baru.
- Insentif diberikan bagi pembangunan kenderaan elektrik
- 20 batang tiang lampu elektrik bagi setiap kampung.