Punca Powerbank Dilarang Pos Ke Sabah Sarawak

Punca  Powerbank Dilarang Pos Ke Sabah Sarawak-Pos Malaysia (Pos Laju) keluar notis larangan penghantaran atau pengeposan Powerbank ke Sabah, Sarawak dan Luar Negara mulai 1 November 2014. 

Menerusi pekeliling yang diedarkan oleh pihak Pos Malaysia Berhad, penghantaran barangan seperti Lithium Ion atau Powerbank dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak mahupun luar negara adalah dilarang kerana barangan tersebut dikategorikan sebagai barangan berbahaya kerana ianya mudah terbakar.

 Ianya juga selaras dengan Peraturan Barangan Berbahaya (Dangerous Goods Regulations), terbitan International Air Transport Association (IATA) dimana Pos Malaysia Berhad tidak boleh mengendalikan item berbahaya di dalam mel udara, bungkusan udara dan EMS. 

Seperti sedia maklum, segala proses penghantaran powerbank ke Sabah dan Sarawak terutamanya dari Semenanjung Malaysia adalah melalui mel udara (pesawat kargo).

Pekeliling Pos Malaysia Larangan Penghantaran Powerbank Ke Sabah dan Sarawak

Larangan ini berkuatkuasa pada 1 November 2014 dan sebarang pegeposan item yang mengandungi bateri litium atau power bank akan ditahan di Pos Malaysia International Hub (PMIH). Semua hantaran yang ditahan boleh dituntut kembali tanpa pemulangan caj pengeposan.-mynewshub



Habis bagaimana pula kebanyakkan power bank yang made in China boleh sampai di Malaysia?mereka guna kapal laut agaknya.Nampaknya bertambah mahal la kos untuk ke Sabah dan Sarawak lepas ni.

0 comment... add one now